★☆ 假期要来临了,先预祝各位假期愉快!☆★
★☆ ......☆★
★☆ ...☆★

Visi/Misi/Moto/Matlamat Sekolah



Visi Sekolah

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
卓越学校造就未来精英



Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan yang Berkualiti
通过高素质教育激发个人潜能




Moto Sekolah
Kesetiaan 忠实
Kejujuran 诚实
Keteguhan 奋斗
Ketabahan 智力



Matlamat Sekolah
1. SJK(C) Yuk Chyun akan berusaha dengan segala kemampuan untuk merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Untuk meletakkan SJK(C) Yuk Chyun ke tahap kebanggaan dan kepercayaan di kalangan masyarakat setempat menerusi kejayaan-kejayaan cemerlang di dalam:

a. Pencapaian akademik yang cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti.
b. Pencapaian cemerlang dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum.
c. Amalan disiplin diri yang baik.
d. Pembentukan moral dan akhlak yang terpuji melalui kepercayaan beragama.
e. Perkembangan dan pertimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
f. Kepimpinan pelajar yang baik.

3. Mengamalkan semangat taat setia, cinta dan sayang kepada sekolah.

4. Menerapkan nilai-nilai murni untuk melahirkan golongan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab mencapai kesejahteraan.

5. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang kondusif, tenteram, aman, bersih, cantik dan selesa untuk perkembangan keperibadian yang baik

6. Menggalakkan perkembangan kepimpinan pelajar melalui program dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum

7. Mewujudkan suasana kekeluargaan dan semangat kekitaan di kalangan pelajar, guru dan staf sokongan.

8. Melahirkan pelajar yang berbudaya ilmu dengan minat membaca yang tinggi dan dapat melahirkan buah fikiran secara lisan dan tulisan dengan teratur, tepat dan berkesan.

9. Menggunakan secara optima segala kemudahan yang ada ( di sekolah dan luar sekolah ) untuk memperkukuhkan lagi dasar / matlamat sekolah

10. Mengamalkan budaya kerja cemerlang, efisien, bertanggungjawab, dedikasi, bersih, cekap dan amanah